Kurma Ajwa Aliyah

Kurma Ajwa Aliyah
KURMA AJWA ALIYAH ASLI DARI MADINAH KHAS UNTUK ANDA MILIKI!
Kami di Nasi Dalca Ustaz turut mengeluarkan salah satu produk terbaru iaitu kurma Ajwa Aliyah yang di terbangkan khas dari bumi Madinah untuk anda miliki. Ambang Ramadhan makin kian terasa, sekarang waktu yang terbaik untuk anda miliki kurma sebagai persediaan menyambut Ramadhan.

Mungkin ada yang tidak tahu kelebihan Kurma Ajwa ini. AMBIL 30 SAAT baca kelebihannya dibawah.
Terdapat hadis-hadis yang menyebutkan mengenai kelebihan memakan 7 biji kurma Ajwah pada waktu pagi. Di antaranya daripada Saad bin Abi Waqqas bahawa Nabi SAW bersabda :
مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ
Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]
Begitu juga, daripada Aisyah R.Anha bahawa Nabi SAW bersabda :
إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً - أَوْ إِنَّهَا تِرْيَاقٌ - أَوَّلَ الْبُكْرَةِ
Maksudnya : “Sesungguhnya pada kurma Ajwah ‘Aliyah itu ada ubat penyembuh atau ia merupakan ubat penawar bagi racun, apabila dimakan pada awal pagi.” [HR Muslim (2048)]
Imam al-Nawawi menyatakan bahawa ‘Aliyah ialah kawasan yang terdiri daripada kebun-kebun, perkampungan dan pekan dari dataran tinggi Madinah yang menuju ke arah Najd. Atau dataran rendah dari arah yang lain yang menuju ke Tihamah. Kawasan ‘Aliyah yang paling dekat dari Madinah adalah pada jarak 3 batu (mil) dan yang paling jauh adalah pada jarak 8 batu. [Lihat : al-Minhaj Syarh Sahih Muslim (14/3) dan Ikmāl al-Mu’lim bi fawāid Muslim]

SIAPA YANG WAJIB AMALKAN KURMA ALIYAH :

1. Mereka yang suka amalkan Makanan Sunnah & suka berpuasa.
Kurma Ajwa Aliyah adalah satu-satunya kurma yang amat disyorkan pemakanannya di dalam hadith.

2. Mereka yang mahu badan yang sihat dan bertenaga.
Kurma Ajwa Aliyah juga turut dinobatkan sebagai makanan SUPERFOOD pada zaman sekarang!

3. Ibu mengandung & menyusukan anak.
Ramai yang telah memberi testimoni keberkasanan Kurma Ajwa berbanding kurma yang lain dalam meningkatkan penghasilan susu badan dan sebagai sumber tenaga tambahan.

4. Mampu mengurangkan berat badan.
Perut anda selalu lapar...mulut asyik nak mengunyah je kan. Apa kata anda gantikan snek yang berkalori tinggi dan tidak sihat itu kepada Kurma Ajwa. Kadar gula dan serat semulajadi dapat membantu perut berasa lebih kenyang malah pembekal sumber tenaga yang lebih berkhasiat.

Boleh hubungi customer service kami di talian http://www.wasap.my/60143232240/nasidalcaustaz jika terdapat sebarang pertanyaan.


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
JUMLAH

Kos Penghantaran

Jumlah Keseluruhan Sebelum Penggenapan
Pelarasan Penggenapan
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN